Latest News

About Me

Muhammad Munirudin »
aku anak desa , tepatnya desa termas ,, sekarang jalanya sudah mendingan karena mulai simakadam tolong segera diselesailan seb hari raya idul fitri. ok!!!!!!!!!!
http://www.munirudin2.tk/

Aerosol

Minggu, 06 Desember 2009 , Posted by munirudin at 23.00

Penemuan Terbaru: NASA mendapati Aerosol Mempercepatkan Lagi Pemanasan Global

Mengikut kajian terbaru yang dibuat oleh National Aeronautics and Space Administration (NASA) di kutub Artik telah mendapati peningkatan suhu yang direkodkan sejak 1976 di kawasan tersebut disebabkan oleh peningkatan Aerosol di dalam atmosfera.

Aerosol amat mudah diperoleh secara semulajadi mahupun secara buatan manusia. Namun begitu, peningkatan jumlah aerosol di dalam udara sejak kebelakangan ini amat membimbangkan para saintis. Ini kerana pada tahap tertentu, aerosol mampu memantul dan menyerap radiasi dari matahari (seperti Ultraungu) dan membentuk awan.

Sebagai contoh, lebih banyak radiasi ultraungu diserap, maka makin bertambah panas Bumi kita. Ini kerana haba yang dibawa oleh ultraungu tidak boleh dibebaskan semula ke angkasa lepas kerana diperangkap oleh aerosol.

Sebelum ini, ramai yang menyangka gas karbon dioksida sebagai punca utama pemanasan global. Namun dengan penemuan terbaru ini aerosol merupakan agen pemanasan global mesti diberikan perhatian yang sewajarnya jika tidak mau es di kutub utara maupun di selatan cair dalam masa sedekad, tambah Drew Shindell, saintis dari NASA's Goddard Institute for Space Studies, New York.

Currently have 0 komentar:

Leave a Reply

Posting Komentar